Wednesday 29 February 2012

Kadang-kadang

Malam untuk berpuisi dan berfikir, saye cube luahkan ehem ehem

-Kadang-kadang saya cuba berfikir, perlukah aku terus suka kan dia dan setia menunggu dia untuk kembali padaku
-Kadang-kadang aku cuba untuk lupakan dia sedaya upaya aku supaya aku boleh teruskan hidup aku tanpa dia disisiku
-Kadang-kadang aku cuba curi hatinya dan menjadi yang terbaik dalam hatinya, walaupon dia hanya menganggap aku sebagai seorang kawan
-Kadang-kadang kite terfikir perlukah kita bercinta dalam waktu yang agak muda dan mula berkhayal
-Kadang-kadang aku tertanya-tanya perlukah dia bersifat ingin menunjuk-nunjuk pada aku, sedangkan aku sikit pon takda rase ingin bersaing dengan nya
-Kadang-kadang hidup perlukan kesabaran dan ketabahan untuk kita harungi hari-hari yang akan datang
-Kadang-kadang hidup kita penuh dengan cabaran, dan setiap cabaran tu banyak mengajar kita supaya menjadi lebih matang
-Kadang-kadang kenapa orang yang kita suka berkawan, suka diajak berbual, suka bergurau kadang-kadang tak pernah fikir akan perasan kita
-Kadang-kadang aku berfikir kenapa orang tak boleh tengok perubahan orang lain dari jahil kearah kabaikan ? malah mereka lagi mempersoalkannya
-Kadang-kadang cinta itu buta kita tak akan nampak cinta itu, sebab cinta akan datang dengan sendiri
-Kadang-kadang aku terfikir perlukah kita ade sifat iri hati sesama manusia, kita janganlah mudah cemburu dengan kebahagiaan orang lain
-Kadang-kadang perlu ke kita bercakap seperti orang yang hilang akal seperti "aku pernah pegang tangan boyfriend aku" padahal perkara tersebut adalah haram perempuan dan lelaki yang belum ada hubugan yang sah
-Kadang-kadang aku terfikir perlukan kita menjadi cantik atau hensem ? tapi kita tak pandai gunakan kelebihan kita tu dengan baik
-Kadang-kadang perlukah kita beli barang yang berharga dan berjenama tapi kita beli dengan menggunakan duit pinjaman
-Kadang-kadang aku terpikir perlukah kita bangga dapat beli barang yang mahal-mahal tapi menggunakan duit mak bapak kita atau duit pinjaman
-Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita ini hanya menggunakan rezeki Allah Taala dan kita sebagai manusia tak pernah puas dengan apa yang kita ada
-Kadang-kadang kita terfikir perlukah kita melayan orang yang kita tak suka dengan cara nak tak nak ? tak pikir ke perasan orang tu macam mana
-Kadang-kadang perlukah kita mengagong-agongkan boyfriend kita padahal dia curang di belakang you
-Kadang-kadang jangan lah kita bangga kalau boyfriend kita menyama-nyamakan kita dengan ibu nya kerana perbuatan itu adalah haram bagi seorang lelaki atau bakal suami untuk mengahwininya bakal isterinya dengan ibunya
-Kadang-kadang aku suka berfikir diluar jangkaan orang dan suka bertanya nasib baik ada yang boleh menjawabnya dengan sabar Terima Kasih
-Kadang-kadang aku terfikir kenapa dari dulu lagi tidak menguar-uarkan tentang haramnya pengantin lelaki mengguna inai dijari kerana itu adalah salah satu perhiasan wanita
-Kadang-kadang aku terfikir apa punca seorang perempuan itu berubah menjadi seorang lelaki dan mencintai kaum sejenisnya
-Kadang-kadang aku terfikir perlukah kita berbahasa Inggeris padahal kita tidak fasih dalam bahasa tersebut
-Kadang-kadang aku terfikir kenapa sesorang yang asal dari kampung mempunyai sifat 'culture shock'
-Kadang-kadang aku terfikir kenapa orang pakai tudung ada terkeluar rambut depan sikit
-Kadang-kadang aku terfikir dekat facebook bukan main tulis status in English bagai tapi bila suruh present in English blurr dan cuba mohon dari lect untuk bercakap dalam bahasa melayu
-Kadang-kadang aku terfikir perlukah seorang perempuan memakai baju dan seluar yang menampakkan lurah dendam dan 'lubang token' (punggung)
-Kadang-kadang saya sebagai seorang sahabat yang baru sahaja berhijrah ke dunia hijab cuba untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan yang masih lagi khayal dengan dunianya
-Kadang-kadang, Kadang-kadang, dan Kadang-kadang.......

Hasil Coretan Filzah Aqilah

*saya pohon sepuluh jari kemaafan atas coretan saya diatas kerana coretan saya hanyalah untuk kita renung-renungkan dan tidak menunding jari pada sesiapa pon Harap tidak tersinggung kerana setiap manusia ada baik dan buruk nya *

p/s : saya suka bermain dengan kata-kata =)

No comments:

Post a Comment