Tuesday 9 December 2014

Officially Graduated

Assalamualaikum ,

Lama menyepi
Bukan menyepi selamanya
Masih ada cuma agak sibuk dengan hal dunia

Tak tahu nak beri nafas baru macam mana
Entry yang lepas hanyalah kenangan semata
Penulisan budak baru belajar

Menulis entry bukan untuk mengejar popular
Cuma sekadar luahan dari hati
Untuk mengisi masa senggang dengan betul

Dengan ini,
Saya kongsi sikit , saya sudahpun tamat belajar
(Diploma in Human Resources Managament)
Insyaallah selangkah lagi ke Degree tahun hadapan
Doakan terbaik buat saya serta kawan yang lain.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat , Mama & Adik adik yang banyak beri sokongan dan dorongan untuk saya gigih lagi menimba ilmu . Terutama pada mama , ini bukti saya pada Mama walaupun Ayah tak sempat nak tengok kejayaan anak sulungnya ini , tapi saya kuat hanya dengan ucapan 'tahniah' dan ciuman dahi dari Mama sudah cukup untuk saya ".

"Terima kasih juga kepada kawan kawan sekolah dan sekolej , terima kasih kawan sekolah kerana sudi datang buat 'surprise' serta bawa hadiah yang banyak haha , terima kasih sangat. Kepada kawan kolej , kita usaha sama sama , susah senang sepanjang belajar sama sama, Filz minta maaf kalau ada antara nya Filz tak sempat tegur masa Grad Day haritu, terima kasih semuanya moga kita capai masa depan yang cerah ".

"Terima kasih juga pada tenaga pengajar saya , Sir Saofiean yang selalu singgah blog saya , terima kasih kerana ikuti perkembangan saya melalui sini serta bangga dengan penulisan saya yang tidak seberapa ini , terima kasih sir , sir dah banyak tolong saya dari mula hingga akhir . Moga sir juga capai apa yang sir hendak capai untuk masa akan datang . Paling penting 'CEPAT KAWIN SIR' HAHA ".






No comments:

Post a Comment